Tuesday, 21 February 2017

Filled Under:

VIDEO TERKINI : PETANG TADI, WANITA MENGANDUNG DITEMBAK DI PENANG... DIKATAKAN INI ADA KAITAN KONGSI GELAP !! SIAPA YANG DI PENANG. ROADBLOCK SEDANG DIJALANKAN PIHAK POLIS UNTUK MENCARI SUSPEK !!.



GEORGETOWN: Seorang wanita mengandung maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Bukit Gambir berdekatan Taman Pekaka di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, 


mangsa berusia lingkungan 30-an memandu kereta jenis BMW sebelum kenderaannya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal. Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu. 


Akibatnya, kenderaan mangsa terbabas ke Lorong Pekaka 9 dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diletak di tepi jalan berkenaan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk. Ketika ini, pegawai polis dan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian berkenaan. 





0 comments:

Post a Comment