Saturday, 4 February 2017

Filled Under:

VIDEO TERKINI : IBU KELAR ANAK SENDIRI BERUMUR 82 HARI DI KELANTAN. Mohon semua sedekahkan al fatihah untuk bayi ini. Sedihnya tengok VIDEO ini.



Seorang bayi perempuan berusia 82 hari mati dikelar, dipercayai oleh ibunya sendiri di Kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas hari ini. Kejadian kira-kira jam 2.45 petang tadi itu disedari jiran apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu rumah di tingkat dua kuarters itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa dikelar di leher sebelah kiri menggunakan pisau pemotong sayur. "Ketika kejadian, dua

 anak suspek yang berusia 11 dan 8 tahun sempat keluar melarikan diri selepas melihat ibu mereka bertindak mengelar mangsa. ANGGOTA polis membawa mayat bayi perempuan berusia 82 hari yang mati dikelar, dipercayai oleh ibunya sendiri, di kuaters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. - Foto Syamsi Suhaimi "Suami mangsa yang juga seorang anggota tentera tiada di rumah kerana diminta suspek (isterinya) supaya keluar membeli makanan di kedai," katanya kepada wartawan di sini, hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang di Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Kelantan di SJK (C) Pei Hwa di sini. Abdul Rahman berkata, polis akan menjalankan siasatan segera berhubung kejadian itu. Katanya, suspek ditemui masih bersama mangsa selepas kejadian dan ditahan untuk siasatan lanjut. "Kita juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital berhubung status kesihatan mental suspek. "Kita belum mengenal pasti punca kejadian itu berlaku sama ada suspek mengalami gangguan emosi atau tidak. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/244070




0 comments:

Post a Comment