Wednesday, 15 February 2017

Filled Under:

TERBONGKAR AKHIRNYA SIAPA SEBENAR LELAKI VALET DOA YANG SELAMA INI DISEMBUNYIKAN....

Pengasasnya Valet Doa Hasrin Harin tetap mahu meneruskan perkhidmatannya walaupun berdepan kecaman orang ramai dan teguran alim ulama.
Mengulas saranan Mufti Wilayah Persekutuan supaya perniagaan seperti ini dibatalkan, Hasrin mempunyai pandangan berbeza.
Katanya, kenyataan Datuk Dr Zulkifli Mohamad itu tidak menyebut dengan jelas sama ada perkara itu haram di sisi Islam.
“Ya (akan teruskan) sebab mufti pun tak berani cakap haram, sebab tidak langgar syariat. Cuma dia takut fitnah orang ke atas agama.

“Pendapat saya jika boleh dibuat dengan baik, jadikan contoh, ada kebaikan.

“Jadi kami ada dalil masing-masing,” katanya melalui pesanan WhatsApp ketika menjawab soalan Malaysiakini.
Zulkifli dalam tulisan panjangnya hari ini menyarankan perniagaan seperti itu dibatalkan agar Islam terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah.
Berdasarkan status di Facebook, perkhidmatan membaca doa itu ditawarkan dengan harga dari RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang ditawarkan
Antara pakej tersebut adalah Pakej King Salman dan Pakej VVIP malah, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.
Perniagaan itu mengundang kritikan meluas pengguna Internet, yang menganggap beliau mempergunakan agama untuk mencari keuntungan dunia.

'Bukan bawa orang buat maksiat'
Sementara itu, myMetro melaporkan Hasrin sebagai mempertahankan perniagaannya bagi memudahkan individu yang tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat.
"Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit atau terbabit dalam kemalangan.

“Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan membawa orang ramai melakukan maksiat," katanya.
Katanya, beliau tidak main-main kerana jika itu niatnya sudah pasti beliau akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.




0 comments:

Post a Comment