Friday, 3 February 2017

Filled Under:

MISTERI : ANAK DEDAH MISTERI YANG SERING MENGANGGU BEN NATHAN. DAH LAMA BENDA NI. TAPI TAK DICERITAKAN.


Adik perempuan Ben, P Vasanthi, 43, menafikan dakwaan segelintir masyarakat mengatakan mereka sekeluarga mengabaikan penyanyi itu.

Vasanthi ketika ditemui berkata, walaupun Ben memilih cara hidup begitu, mereka tetap mengambil berat.

“Tak pernah sekali pun kami mengabaikannya, cuma dia memang tak mahu balik ke rumah walaupun puas dipujuk.

“Kalau balik pun sekejap saja dan dia tidak bermalam. Ini kerana dia sudah biasa hidup berpindah-randah dan sebagai gelandangan. Jadi, apabila berada dalam rumah, dia jadi rimas.

“Kami sekeluarga tahu dia berada di mana. Kalau dia tak menghubungi kami pun, kami tetap datang menghantarkan makanan dan memberikannya pakaian baru,” katanya.

Menurut Vasanthi, Ben mula menunjukkan perubahan pada 1989 selepas mengadu sering diganggu sesuatu yang misteri.

Katanya, kejadian itu membuatkan Ben takut untuk menyanyi terutama setiap kali menjalani rakaman lagu di studio.

“Disebabkan dia mendakwa sering ‘diganggu’, kami membawanya berjumpa beberapa bomoh. Bukan saja dalam negara, malah sehingga ke Thailand semata-mata untuk berubat dan memulihkan semangatnya.

“Namun jawapan diberikan negatif. Kami dimaklumkan ‘benda’ yang mengganggu itu terlalu kebal,” katanya.

Vasanthi berkata, Ben pernah tinggal bersama mereka selama tiga tahun sebelum keluar rumah pada 1993. Sejak itu Ben memilih untuk hidup sebagai gelandangan.




0 comments:

Post a Comment