Thursday, 16 February 2017

Filled Under:

"Ikut Suka Saya la Saya Nak TIDUR dgn Suami Orang, Suami Orang BEST sangat"

Kuala Terengganu: Sepasang kekasih memberi alasan mahu berbincang urusan kerja ketika dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di rumah sewa di Taman Sri Kolam, di sini, pagi tadi.
Malah, wanita berusia 23 tahun tanpa segan silu mengaku hanya melakukan ‘aksi ringan’ bersama kekasihnya berstatus suami orang sebelum diserbu penguat kuasa dalam Ops Valentine Day kira-kira jam 1.30 pagi.
Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat daripada penduduk setempat di kawasan berkenaan mengenai tindak tanduk mencurigakan pasangan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 29 tahun menyewa berseorangan di rumah itu memandangkan isterinya menetap di Kelantan.
"Wanita yang masih bujang itu memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki terbabit untuk berbincang mengenai urusan kerja.
"Selepas berbincang, wanita itu memaklumkan mereka menonton cerita melalui komputer riba dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan cium sambil menonton cerita," katanya.
Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.




0 comments:

Post a Comment