Wednesday, 15 February 2017

Filled Under:

HABISLAH . PENGAKUAN BERANI MATI NORA DANISH MEMANG BUAT NEDIM BENGANG SEHINGGA SANGGUP .........

Pelakon Nora Danish mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini.

Bagaimanapun menurut Nora, 36, dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai butiran perkahwinannya itu kepada umum.

"Ya, saya memang akan berkahwin tahun ini dan cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tarikh dan butiran majlis perkahwinan kepada umum.

"Namun, saya pasti akan berkongsi berita gembira ini jika semuanya telah selesai dan mengumumkan tarikh yang sebenar," katanya kepada Astro Gempak.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, di sini Selasa.

Selain Nora, filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 ini dibintangi oleh Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan Reza Rahadian.


Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 16 Februari ini.




0 comments:

Post a Comment