Saturday, 11 February 2017

Filled Under:

Baru Je Tinggal Seminggu, Selva Kumar dah Buat Hal dengan Gadis Malaysia .


KEPULANGAN bekas banduan S Selva Kumar ke Malaysia ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai netizen yang ternyata bimbang.
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Dr Ruhani Mat Min berpendapat, rakyat Malaysia perlu memberi ruang kepada Selva dalam menjalani kehidupan normal.
"Saya melihat dia (Selva Kumar) dalam perspektif yang berbeza dan saya rasakan orang ramai juga perlu memberi dia peluang untuk bersama masyarakat dan keluarga.
"Kita semua berharap dia akan berubah berbanding sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau berkata, sebagai masyarakat, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana sistem keselamatan kita telah terima untuk Selva Kumar pulang ke Malaysia.

Katanya, tambahan wajahnya kini sudah pun dihebahkan dan orang ramai pastinya sudah kenal lelaki ini.
"Sekarang dia sudah berada di Malaysia, kepulangan dia dalam pengetahuan pihak polis. Jadi, pastinya pihak berkuasa sudah ada mekanisme sendiri dalam melakukan pemantauan terhadap kelakuan, kegiatan dan apa juga dilakukan Selva Kumar.
"Selva telah pun menjalani tempoh hukuman selama 24 tahun, dan pembebasan ini pastinya dia sudah terdidik dalam persediaan menghadapi masyarakat.
"Sesiapa sahaja yang kenal dia perlu beri ruang kepadanya untuk jadi insan yang terbaik," katanya.
Ternyata, bantuan dan dorongan daripada semua pihak termasuk keluarga, rakan-rakan dan pihak berkuasa amat penting dalam mendidik dan mendorong Selva Kumar agar tidak mengulangi kesalahan lampaunya itu.
Selasa lalu, polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, Selva Kumar sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Selva Kumar yang berasal dari Pulau Pinang selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun pada 1992 di Kanada setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual dan tempoh tahanan penjaranya tamat pada hujung bulan lepas.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengulangi pendiriannya yang mana masih memantau perogol bersiri, Selva Kumar.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh memberitahu, pemantauan ini terpulang dengan cara bagaimana polis jalankan.
"Kita ada cara kita sendiri dan usah bimbang dengan perkara ini," katanya.
Mengulas sama ada akan memanggil Selva Kumar untuk direkod keterangan sekali lagi, Mohmad berkata, masih belum lagi setakat ini.
“Kita sudah ambil keterangan ketika dia (Selva) tiba di KLIA Selasa lalu.
"Itu sudah memadai," katanya ringkas.

Selva Kumar yang berasal dari Pulau Pinang selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun pada 1992 di Kanada setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual dan tempoh tahanan penjaranya tamat pada hujung bulan lepas.




4 comments:

  1. adakah tajuk artikel ini salah atau admin blog ni sampah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh, smata2 nak orang baca post dia.. bangang abadi

      Delete