Friday, 17 February 2017

Filled Under:

Baru Ja Dilepaskan. Akhirnya MAT TERE BUAT PENGAKUAN Yang Sangat MENGEJUTKAN !


KOTA BHARU - "Abe Azam, kita tak se (tak mahu) buat dah, kita janji dengan Abe Azam," luah Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau terkenal dengan nama jolokan 'Mat Tere'.
Mat Tere mengulangi janji itu berkali-kali kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohammad Azam Ismail yang kini dirawat di Hospital Pakar Kota Bharu (KBMC), hari ini.



Hadir dalam keadaan sayu, sebaik sahaja melangkah ke bilik rawatan, Mat Tere segera menerpa Mohammad Azam setelah tahu Ketua Pemuda Umno Ketereh itu sakit.
/6273129/SH_D_Kelantan_InArticle_OOP

Mereka kemudiannya berpelukan dalam suasana hiba, sambil kedua-duanya menangis.
Mohammad Azam dimasukkan ke hospital tersebut sejak tiga hari lalu setelah disahkan mengalami jangkitan kuman.

"Apa yang berlaku kepada Mat Tere banyak memberi pengajaran kepada orang ramai, dari seorang kurang upaya (OKU), dia sebenarnya terperangkap dalam situasi berkenaan.
"Mat Tere beritahu dia pun tidak diapa-apakan semasa ditahan polis, malah semuanya memberi layanan yang baik,"-katanya kepada Sinar Harian.


Beliau menghargai semua mereka yang terlibat dalam usaha membantu membebaskan Mat Tere sebelum ini




0 comments:

Post a Comment