Monday, 26 December 2016

Filled Under:

"Baru Seminggu dah Tangan Jadi macam ni" TOLONGLAH RAKYAT MALAYSIA, JANGAN SESEKALI MINUM MINUMAN INI WAHAI RAKYAT MALAYSIA. DAH FEMES SANGAT SEKARANG ni. ANAK-ANAK PUN BANYAK TERJEBAK MINUM. IKUT TREND KONON.


"Baru Seminggu dah Tangan Jadi macam ni" TOLONGLAH RAKYAT MALAYSIA, JANGAN SESEKALI MINUM MINUMAN INI WAHAI RAKYAT MALAYSIA. DAH FEMES SANGAT SEKARANG ni. ANAK-ANAK PUN BANYAK TERJEBAK MINUM. IKUT TREND KONON.







Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari
masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman
tersebut mengandungi 150 kalori,30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan
pemanis minuman yang tinggi.Kajian yang dilaporkan di dalam jurnal
pediatrik mendapati bahawa 56 peratus hingga 85 peratus kanak­kanak
minum sekurang­kurangnya satu tin minuman berkarbonat dalam sehari
manakala 20 peratus individu dewasa mengambil empat tin atau lebih
dalam sehari. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan
mengakibatkan risiko diabetes.

Dalam satu artikel mengenai tabiat pemakanan rakyat Malaysia di laman
web Bernama , ia ada menyentuh mengenai sikap rakyat negara ini yang
terlalu gemar kepada minuman jenis ini, yang lebih mesra dipanggil 'air
gas' dalam bahasa pasar.

Kenyataan tersebut memang berasas kerana sejak tujuh tahun yang lepas,
kadar obesiti rakyat negara ini meningkat daripada 20 peratus kepada 39
peratus, sesuatu yang membimbangkan kita, kerana pengambilan
minuman ini juga menyumbang kepada masalah berkenaan.

Artikel itu juga menyebut bahawa hanya 14 peratus daripada rakyat
Malaysia, mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat. Ini nyata
merupakan satu hakikat yang menggusarkan kerana rata­rata mereka yang
ketagih minuman berkarbonat ialah remaja dan kanak­kanak sekarang ini.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira­kira 10 sudu gula, hampir dua
kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu
enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian
yang dilaksanakan.

Islam menegah kita daripada berlebih­lebihan dalam sebarang perbuatan,
termasuk makan dan minum. Dalam hadis Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik­baik ubat.
Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya." Dalam perkara ini, mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat itu sendiri lebih banyak mengundang padah kepada kita.

Gigi, tanpa penjagaan yang rapi akan menjadi mudah reput kerana
minuman berkarbonat ini mengandungi pelbagai pemanis dan perasa
tiruan yang ditambah untuk 'menyedapkan' rasanya.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui
hakikat ini. Menurutnya, bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan
kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh
melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini
mempercepatkan proses pereputan gigi.

"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan
gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang
untuk sehari. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu
adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada
200 kalori, iaitu kira­kira 10 sudu teh gula," jelasnya.

Bagaimanapun, jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah
yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi
atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan,
makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

Oleh kerana satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam
hingga 10 sudu teh gula, ia bermakna, jika kita minum satu tin minuman
berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.
"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim
perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman
berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut
atau makanan lain,'' kata beliau.

Satu kepercayaan ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk
minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air
kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman
berkarbonat.

Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam
minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan
memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan
terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.

Bagi yang kerap melayari internet pula, pasti pernah terbaca artikel­artikel
bebas yang mengatakan minuman berkarbonat daripada beberapa jenama
terkenal mengandungi bahan haram seperti ekstrak **** dan sebagainya.
Salah satu daripadanya turut mengatakan bahawa minuman berkarbonat
(dalam tin) mengandung peluntur yang cukup kuat hingga mampu
digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas kediaman kita.
Ia menjelaskan, ini dapat dilakukan oleh kerana kandungan asid sitrik (citric
asid) yang tinggi dalam minuman berkarbonat.

Artikel tersebut, juga mendakwa bahawa sebotol minuman berkarbonat
juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah karat. Sejauh mana
kebenaran artikel­artkel tersebut bagaimanapun tidak diketahui.
Minuman berkarbonat juga mengandung kafein, iaitu bahan yang boleh
menyebabkan ketagihan.
Prof. Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti
Putra Malaysia (UPM), dalam satu kajiannya berkata, kafein bersifat
'Diuretic' (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan).

Menurut beliau, lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang
mengambil kafein akan kerap membuang air kecil.
Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu pula berkata
kesan akibat pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan
jumlah pengambilan bahan itu.

"Ia mempunyai kesan lebih tinggi kepada kanak­kanak kerana saiz tubuh
mereka yang kecil. Justeru, kafein cepat diserap dan mudah diedarkan
kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak­kanak
berbanding orang dewasa," jelasnya.
Beliau berkata, secara umum, kanak­kanak yang mengambil terlalu banyak
kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini
menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan.
Justeru, bagi mengelakkkan kita daripada dihinggapi pelbagai masalah
dengan terlalu banyak mengambil minuman berkarbonat, ambillah
sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah s.a.w, iaitu "makan sebelum
lapar dan berhenti sebelum kenyang."
Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana ketika
makan atau minum. Sebaik­baiknya, kita elakkan sahaja mengambil
minuman jenis ini, alternatifnya, makanan atau jus minuman buah­buahan
segar.

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat
oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari
seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam
kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa­rasa buat sabun
badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta
.5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric
asid. Ia mempunyai pH 2.
8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang
Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama
kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke
dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan
Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis
hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap­silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul
ni!
10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan

ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air
yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7­up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga
69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah
dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para
pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai
perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk
Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24­49 jam. Yang mana sakit gigi,
try cara ni, kot­kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer!
Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.DiIndia,
negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat
Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm
kot?
Jadi, sambil­sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll. Rupa­rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika
bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda
boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains
khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni
kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak









0 comments:

Post a Comment