Saturday, 15 October 2016

Filled Under:

INILAH 'BF' NASI LEMAK ANAK DARA YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA !!!

INILAH 'BF' NASI LEMAK ANAK DARA YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA !!!


SHAH ALAM 12 Okt. – Gadis penjual ‘nasi lemak anak dara’, Siti Hajjar Ahmad, 24, hanya tidur empat jam sehari sejak memulakan perniagaannya Ogos lalu. 

Anak ketiga daripada lima ber­adik itu perlu bersengkang mata untuk menyediakan nasi lemak pada awal pagi bagi memastikan jualannya tidak cepat basi sekali gus memberi peluang kepada pe­langgannya menikmati hidangan itu semasa masih panas. 

Menurutnya, ramai yang me­nyang­ka berniaga nasi lemak satu kerja mudah, tetapi sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal serta mental. 

“Walaupun saya hanya menjual nasi lemak bermula pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi, tetapi saya mengambil masa sepanjang hari untuk menyiapkan hidangan itu kerana saya melakukannya sendiri. 



“Pada waktu pagi sebaik sahaja selesai berniaga, saya akan membeli bahan-bahan untuk jualan esok dan rehat kira-kira sejam pada waktu tengah hari sebelum mula membuat sambal pada waktu petang. 

“Pada waktu malam saya mula menyediakan bahan untuk memasak lauk seperti ayam dan telur sebelum mula memasak nasi pada pukul 11 malam dan hanya tidur kira-kira pukul 2 pagi sebelum ba­ngun semula pada pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, meskipun letih tetapi dia tetap meneruskannya perniagaannya itu kerana minat dan tidak suka menyusahkan orang tuanya. 

“Alhamdulillah kini rezeki semakin lapang dan dalam sehari saya boleh menjual sehingga 150 ke 200 bungkus nasi lemak. 

“Keluarga yang pada mulanya kurang bersetuju dengan tindakan saya semakin menerima keputusan untuk berniaga walaupun ibu tetap mahu saya mempunyai kerja tetap satu hari nanti,” ujarnya







0 comments:

Post a Comment