Wednesday, 24 August 2016

Filled Under:

WOW!!((GAMBAR)) KONDO MEWAH 1.5 JUTA UNTUK DATUK LEE CHONG WEI

WOW!!((GAMBAR)) KONDO MEWAH 1.5 JUTA UNTUK DATUK LEE CHONG WEI

Beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkunjung ke bilik pameran di Cheras untuk meninjau peluang pelaburan dalam kediaman kondominium.

Sekarang, pemaju hartanah yang ditemui Chong Wei, Orando Holdings mahu menghadiahkan sebuah unit bernilai RM1.5 juta kepada pemain badminton berusia 32 tahun itu di atas sumbangannya kepada sukan negara.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

"Pada masa ini, kita tidak mempunyai gelanggang badminton di kondominium. Mungkin kita akan minta arkitek untuk membina sekurang-kurangnya satu gelanggang yang kita boleh namakan sempena Datuk Lee Chong Wei," kata Pengarah Urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun.




0 comments:

Post a Comment