Thursday, 25 August 2016

Filled Under:

Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tiga sekeluarga maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera dalam kejadian amuk lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Beliau berkata, dua lagi mangsa wanita berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu manakala seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim ditahan polis di masjid di Bukit Rambai, kira-kira 11 pagi tadi.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid terbabit.

Suspek kemudiannya ditemui bersembunyi dalam masjid dengan berjubah biru.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, tiga sekeluarga termasuk suami isteri berusia 70 dan 62 tahun maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





0 comments:

Post a Comment