Thursday, 4 August 2016

Filled Under:

TOLONG VIRAL KAN! !GADIS HILANG....!JIKA TERJUMPA DENGAN GADIS INI SILA HUBUNGI KELUARGA BELIAU..DI KATAKAN HILANG IKUT KENALAN WECHAT..

TOLONG VIRAL KAN! !GADIS HILANG....!JIKA TERJUMPA DENGAN GADIS INI SILA HUBUNGI KELUARGA BELIAU..DI KATAKAN HILANG IKUT KENALAN WECHAT..

KUALA KEDAH - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghilangkan diri dari kediamannya di Kampung Tok Pasai, di sini, sejak Ahad lepas dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali melalui aplikasi WeChat.

Kakak mangsa, Noor Azlina Abdul Rahim, 23, berkata, dia menyedari kehilangan adik, Noor Azliza Abdull Rahim, 17, kira-kira jam 1.30 petang, pada 31 Julai lepas.

"Pada hari kejadian, saya yang ingin keluar bekerja mendapati adik tidak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, sekaligus beranggapan dia kurang sihat.

"Bagaimanapun, adik didapati tiada dalam rumah dengan keadaan pintu bilik terbuka, sewaktu saya pulang ke kediaman kami pada waktu tengahari itu," katanya.

Katanya, dia membuat laporan kehilangan Azliza di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar lebih kurang jam 4 petang pada 1 Ogos selepas Azliza didapati tidak pulang ke rumah mereka.

Kata Azlina, adik perempuan merupakan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan,  malah akan mengambil peperiksaan percubaan SPM pada hujung bulan Ogos ini.

Menurutnya, dia cuba menghubungi rakan sekolah adik perempuannya, namun mereka tidak mengetahui lokasi Azliza, malah telefon bimbit gadis itu tidak dapat dihubungi.

Azlina berkata, rakan Azliza memaklumkan adik perempuannya ada memaklumkan akan pergi jauh, malah memuat naik status menghala ke destinasi tidak diketahui.

Namun, katanya, mereka tidak yakin status dimuatnaik Azliza, berikutan gadis itu memaklumkan dia lebih suka menggunakan voice untuk bersuara, berbanding menulis, tak kira melalui WhatshApp ataupun We Chat.

Katanya, adiknya tidak pernah keluar ke mana-mana kecuali bersama ibu bapa mereka, malah Azliza keluar pertama kali sendirian buat kali pertama pada hari kejadian.

Sementara itu, ibu mangsa, Nooraini Hassan, 43, berkata, dia merayu anak perempuan yang mesra dengan panggilan adik pulang ke rumah mereka, malah mengasihani dirinya yang bimbangkan keadaan Azliza.

Manakala, bapanya, Abdull Rahim Yahya, 47, berkata, dia ada mengunakan bantuan rakan-rakannya demi mencari Azliza sekitar Alor Setar, namun usaha itu tidak berhasil.

Kata Rahim, dia cuba mencari Azliza di merata-rata tempat termasuklah lokasi anak muda lepak hingga jam 2 ke 3 pagi, namun masih tidak menemui anak perempuannya itu.

Bagi mereka yang melihat Azliza di mana-mana dirayu memaklumkan perkara terbabit segera kepada bapanya, Abdull Rahim melalui talian 017-4261670.




0 comments:

Post a Comment