Thursday, 11 August 2016

Filled Under:

TAKZIAH!! SEORANG PELAKON LELAKI POPULAR DITEMUI MATI LEMAS DI AIR TERJUN BIDOR PAGI TADI (8GAMBAR)

TAKZIAH!! SEORANG PELAKON LELAKI POPULAR DITEMUI MATI LEMAS DI AIR TERJUN BIDOR PAGI TADI (8GAMBAR)

 Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.

L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.
“Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.

Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.

Filem pertama lakonannya bertajuk ‘Ka Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember ini.

Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya. -




0 comments:

Post a Comment