Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

TAHNIAH!! ALHAMDULILLAH...RAJA FARAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULUNG

TAHNIAH!! ALHAMDULILLAH...RAJA FARAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULUNG

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Raja Farah Raja Aziz, selamat melahirkan anak sulung secara normal awal pagi tadi.

Selebriti berusia 28 tahun itu berkongsi berita gembira berkenaan di laman Instagramnya, hari ini.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 3.16 kilogram pada jam 3.35 pagi.

"Syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah ini. Terima kasih atas doa kalian semua," tulisnya ringkas berserta gambar bersama suami, Iskandar Ismail, 34, dan si kecil.

Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada September tahun lalu. Ia perkahwinan kedua buat bintang Aku Masih Dara berkenaan.

Sebelum itu, Raja Farah bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 31, pada November 2010 sebelum mereka berpisah pada Mei tahun lalu.




0 comments:

Post a Comment