Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

Permohonan Passport Boleh Dibuat Melalui Online Bermula September..Ini Caranya...

Permohonan Passport Boleh Dibuat Melalui Online Bermula September..Ini Caranya...

Bagi yang kerap keluar negara pasti terpaksa meluangkan banyak masa di Jabatan Imigresen hanya untuk urusan permohonan mahupun pembaharuan passport kerana jumlah nombor giliran yang agak panjang.

Kini, Jabatan Imigresen bakal melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas talian (online) seawal September ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil serius dengan isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang berlaku.

"Kita akan laksanakan sistem online 100 peratus September ini untuk mempermudahkan urusan orang ramai. Ia sekali gus akan mengurangkan masalah kelewatan permohonan yang dialami masa kini," katanya. 

Katanya, kejadian panik susulan laporan di media sosial menyebabkan pihaknya terpaksa menghadapi jumlah permohonan yang luar biasa.

Selain permohonan dengan jumlah yang luar biasa, kekurangan stok dari pembekal antara punca kelewatan permohonan.

Beliau turut meminta pegawai di setiap lokasi untuk turun padang memberi penjelasan situasi semasa di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara.

Malah, pihaknya turut mengambil langkah proaktif untuk memastikan piagam pelanggan untuk menyiapkan pasport dalam tempoh sejam disampaikan dengan baik kepada orang ramai.




0 comments:

Post a Comment