Wednesday, 3 August 2016

Filled Under:

PERGHH!!! HANSOME GILER....INILAH WAJAH SEBENAR BAKAL SUAMI FARA FAUZANA YANG PASTI ANDA TERPEGUN MELIHATNYA...MEMANG SEPADAN LA...((4FOTO))

PERGHH!!! HANSOME GILER....INILAH WAJAH SEBENAR BAKAL SUAMI FARA FAUZANA   YANG PASTI ANDA TERPEGUN MELIHATNYA...MEMANG SEPADAN LA...((4FOTO))

Tanda tanya siapakah bakal suami Fara Fauzana, 36, bagaikan terjawab apabila ada pihak tampil memberi maklumat dan gambar lelaki pilihan personaliti popular berkenaan. Menurut sumber, lelaki yang hanya dikenali dengan nama Muhammad Hafiz itu menepati ciri dan bayangan yang diberikan Fara ketika sidang media pengumuman perkahwinannya, kelmarin.

 "Orangnya memang menepati cita rasa Fara, bertubuh sasa dan wajahnya sedap mata memandang. Berkulit lelaki Melayu dan kini menetap di Kuala Lumpur," kata sumber itu kepada BH. BH turut menerima kiriman gambar lelaki yang didakwa 'buah hati' kepada pemenang beberapa trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu. 

Fara ketika dihubungi enggan mengesah atau menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah bakal suaminya. Selebriti terkenal itu dengan nada ceria hanya ketawa sambil menjemput wartawan BH menghadiri majlis pernikahan yang akan diadakan pada 17 September ini. Bagaimanapun, BH tidak dapat menghubungi Hafiz. 

Ceburi bidang perhotelan Menurut sumber lain pula, Fara sendiri pernah beberapa kali ditemui bersama pemuda yang dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. 

Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki berusia awal 30-an itu juga dikatakan mula berjinak-jinak dalam arena politik tanah air. Isnin lalu, bekas penyampai radio Hot FM itu mengumumkan berita gembira bakal mendirikan rumah tangga, namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal suami. Sebaliknya, Fara lebih selesa memperkenalkan lelaki berkenaan sebagai Hafiz sahaja dan berusia dalam lingkungan usia 30-an. Mengenai perkenalan bersama bakal suami,

 Fara berkata, mereka mula berkawan sejak lebih dua tahun lalu dan hanya rapat sejak kebelakangan ini. Bekas pengacara Nona itu berkata, beliau mempunyai lebih banyak waktu untuk memikirkan soal berumah tangga selepas mengundurkan diri daripada radio milik Media Prima Berhad itu, lima bulan lalu.

SUMBER; BERITA HARIAN




0 comments:

Post a Comment