Thursday, 18 August 2016

Filled Under:

KEJAM!!! Gambar Dan Kronologi SeBenar Kes Bunuh Dan Culik Adik Noor Amila ..Tak Sanggup Nak Lihat...Memang Terlampau Zalim....

KEJAM!!! Gambar Dan Kronologi SeBenar Kes Bunuh Dan Culik Adik Noor Amila ..Tak Sanggup Nak Lihat...Memang Terlampau Zalim....

Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.     

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. 


Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini. 

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. 

Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.

 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. 

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai. "

Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya yang  sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaa





0 comments:

Post a Comment