Monday, 8 August 2016

Filled Under:

Akhirnya Hafidz Roshdi Berkongsi Kisah Rumah Tangganya...

Akhirnya Hafidz Roshdi Berkongsi Kisah Rumah Tangganya...


Sebelum ini, perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi dan pasangannya, Nurul Shuhada menjadi perbualan hangat netizen. Malah, yang menjadikan isu adalah paras rupa isteri Hafidz yang dikatakan tidak sepadan dengannnya.

Namun, itu bukan menjadi ukuran bagi sesebuah perkahwinan. Bagi Hafidz, beliau menerima isterinya seadanya dan beliau menyifatkan perkahwinan ini adalah sesuatu yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila setiap perkara dilakukan bersama isteri.

“Seronok kehidupan berumah tangga ini. Seronok ada orang teman dan kejutkan kita bangun tidur. Ada orang ingatkan masa makan, solat dan pastinya saya dapat solat berjemaah sama. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun ini dalam negara saja,” katanya.

Malah, Hafidz turut tidak menolak kalau rezeki cahaya mata diperolehi pada awal perkahwinan. Bahkan, dia sudah bersedia untuk menjadi bapa yang baik. 

Sejak menjadi suami orang, Hafidz akui dia tidak mahu terus kekal dengan sikap yang lama dan beliau ingin berubah ke arah yang lebih matang. Hafidz ingin memperbaiki kelemahannya itu untuk menjadi insan yang lebih baik. 

Apapun, semoga niat Hafidz untuk berubah dipermudahkan. Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Penulis mendoakan supaya mereka dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. 




0 comments:

Post a Comment