Sunday, 31 July 2016

Filled Under:

Patut La Minta Cerai!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Isteri Along Cham Minta Cerai....Rupanya dah.....

Patut La Minta Cerai!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Isteri Along Cham Minta Cerai....Rupanya dah.....

Minggu lalu timbul cerita Along Cham failkan saman nusyuz terhadap isterinya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasi musim keempat, Zila Seeron, 28. Kini Along Cham, 33 sedia buka mulut perihal keluarganya walaupun selagi boleh dia ingin menutup aib keluarganya.  

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?" katanya.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mempunyai hak penjagaan terhadap anaknya berkata dia tak pernah melarang Zila berjumpa anaknya, Ahmad Danial. 

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.

"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," katanya.

"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya sebab dia menfailkan saman nusyuz kerana Zila keluar tanpa meminta izinnya. 





0 comments:

Post a Comment