Friday, 3 June 2016

Filled Under:

Selepas 5 Tahun Menghilangkan Diri, ,Anis Hubungi Aku Kembali Sebelum….

Selepas 5 Tahun Menghilangkan Diri, ,Anis Hubungi Aku Kembali Sebelum….

 Kebanyakan orang mempunyai seseorang selain ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat mengadu, tak kira lelaki atau perempuan. Aku juga ada, atau boleh dikatakan pernah ada suatu ketika dulu. Aku namakan sahabat baik aku sebagai Anis. Pada pandangan aku, Anis sangat perfect. Kami bersahabat baik sejak bertemu di sekolah berasrama penuh satu ketika dulu. Dia bukan sahaja salah seorang top student dalam batch kami, tapi juga sangat cantik, lemah-lembut, baik. Persahabatan kami berterusan sehingga ke peringkat A-level walaupun aku dan dia melakukan A-level di tempat berbeza. Walaupun busy study, susah senang kami berkongsi, sambil saling bagi kata-kata perangsang.

Sehinggalah pada suatu hari, di saat kami masing2 bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dia tiba2 menghilang. Puas aku cuba menjejaki Anis, tapi tak dapat. Segala medium perhubungan aku cuba untuk hubungi dia, daripada emel, telefon dsb tetapi tak berbalas dan rejected. Aku kecewa. Sangat kecewa sebab pada pendapat aku begitu mudah Anis buang aku dalam kehidupannya. Tapi sebenarnya aku masih sayang dan rindukannya. Sejak itu, aku meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku mendapat ramai kawan baik, sahabat yang baru semasa melakukan ijazah. Aku juga masih lagi berhubung dengan sahabat2 baik aku yang lama selain Anis.

Setelah habis degree, aku pulang ke Malaysia dan memiliki kerjaya yang hebat. Suatu hari, ada nombor tak dikenali menyapa aku. Aku sangat gembira sebab pemilik nombor itu tak lain tak bukan adalah sahabat yang aku tidak pernah lupa, Anis. Mana taknya, dah hampir 7 tahun tanpa berita. Kami hanya berbalas mesej sebab masing2 terlalu sibuk untuk berbual. Seperti aku, Anis sekarang ada karier yang tak kurang hebatnya. Anis minta maaf atas segala yang berlaku, dia ingin jelaskan sebab dia menghilangkan diri selama ni. Tapi, disebabkan kesibukan, kami tiada masa berjumpa. Aku juga sengaja tak bertanya tentang hal ini sebab malas dan busy dengan kerjaya. Perasaan aku padanya juga tidaklah se’intimate’ dulu, jadi aku tak kisah sgt. Mungkin dia faham, dan dia memang tak sebut lagi untuk bercerita sebabnya pada aku.

Kami berhubung secara berkala, sekadar bertanya khabar melalui telefon. Tak dapat berjumpa disebabkan jarak dan kesibukan. Dia di KL, aku pula berkhidmat di Pantai Timur. Suatu hari, aku cuba untuk contact Anis ingin menjemputnya ke majlis perkahwinan aku. Tapi, nombor Anis tak dapat aku hubungi. Puas aku cuba hubunginya, tapi tak dapat. Aku berasa marah kerana dia berani buat perkara yang sama sekali lagi. Aku menjadi kecewa dan benci. Sampailah satu hari aku menghadiri reunion bersama rakan-rakan sekolah dulu. Semua orang tertanya2 tentang Anis kerana sekian lama dia menghilang. Aku dapat tahu Anis tidak langsung menghubungi rakan2 yang lain sejak dia mula2 menghilang ketika degree dulu. Aku terserempak dengan seorang kawan lama, aku namakan dia sebagai Lia. Lia juga berkawan rapat dengan Anis, tapi aku tak rapat dengan Lia. Ketika berbual, aku dapat tahu, rupa-rupanya selain aku, Anis juga hubungi Lia sebelum ini. Tiba2 di akhir perbualan, Lia berkata, “Semoga dia tenang di sana”.

Aku bertanya pada Lia tentang Anis. Rupanya Anis dah pergi buat selamanya. Dia menghilang selama ini sebab dia tengah mencari kekuatan untuk bertarung dengan kanser yang dihadapinya. Dia kembali menghubungi kami dengan harapan untuk berkongsi kedukaannya, masalahnya dan untuk berkongsi kegembiraan bahawa dia telah berjaya bangkit daripada kekusutan. Tapi, aku pentingkan diri sendiri. Aku malas ambil tahu tentang dirinya. Aku gagal sebagai seorang sahabat, aku gagal berkongsi saat2 paling duka dan gembira dalam hidup seorang yang aku pernah sayangi dulu. Ya, aku akui aku sudah kurang menganggap dia sebagai seorang yang penting sejak ramai sahabat lain hadir dalam hidup aku. Aku sedih, menyesal. Aku juga cemburu kerana dalam fikiran aku, mungkin di akhir hayatnya, Anis menganggap hanya Lia seorang sahaja adalah sahabat sejatinya.

Tujuan aku ceritakan benda ni kerana aku tak mahu sesiapa dalam kalangan pembaca menyesal mcm aku. Kalau korang ada sahabat, hargailah. Tidak semestinya kalau korang sudah stop berhubung itu bermakna mereka bukan sahabat korang lagi. Dalam kisah aku ini, sudah dua tahun Anis pergi, tapi aku masih menyesal. Satu lagi sebabnya kerana hari ini birthday aku, yang setiap tahun aku sambut bersamanya kerana birthday kami dalam minggu yang sama. Aku tahu, aku memang tak layak digelar sahabat. Anis pon mungkin tidak menganggap aku sedemikian dalam detik2 terakhir hidupnya. 




0 comments:

Post a Comment