Friday, 1 April 2016

Filled Under:

VIRAL!! KALAU DAH JODOH..DULU BENCI SEKARANG SAYANG

VIRAL!! KALAU DAH JODOH..DULU BENCI SEKARANG SAYANG

Perasaan benci bertukar suka dan akhirnya membibitkan rasa cinta. Inilah yang dikatakan jodoh dan tiada siapa yang tahu pasangan kita dalam melayari bahtera rumah tangga kelak.

Pelbagai rasa boleh berubah dan paling tidak disangka apabila ia berkekalan hingga ke jenjang pelamin, sama seperti Mohamad Noreza Sumari dan pasangannya, Nornajihah Maamor.
Pasangan ini tidak menyangka perkenalan sebagai rakan dalam jurusan sama ketika menyambung pengajian di politeknik dulu mengubah status masing-masing kepada suami isteri.

Menurut Mohamad Noreza, mereka sama-sama mengambil jurusan kejuruteraan elektrik di Politeknik Port Dickson dan hanya berkawan biasa.
“Pada awalnya, saya orang yang paling tidak disukainya. Namun, siapa sangka selepas bantuan yang dihulurkan ketika Nornajihah berpindah rumah berjaya mengubah perasaan benci kepada suka.
“Selepas tiga semester dia tidak menyukai saya, akhirnya pintu hatinya terbuka dan menerima untuk berkawan sekali gus menjadi pasangan kekasih,” katanya.

Mohamad Noreza yang berasal dari Johor manakala Nornajihah dari Bahau, Negeri Sembilan dinikahkan pada 3 Disember 2015. Pasangan sama cantik sama padan ini diraikan penuh meriah di majlis persandingan sebelah pihak perempuan pada 5 Disember 2015.

Bertambah lengkap apabila majlis disempurnakan dengan pemberian cenderahati kepada tetamu yang turut mengandungi pisang salai istimewa daripada Wak Sumari Homemade.





0 comments:

Post a Comment