Wednesday, 13 April 2016

Filled Under:

TAKZIAH!! Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..PELAKON TERKENAL LIA NATALIA TERLIBAT KEMALANGAN TERUK KETIKA MENJAYAKAN FILEM TERBARU BELIAU.

TAKZIAH!! Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..PELAKON TERKENAL LIA NATALIA TERLIBAT KEMALANGAN TERUK KETIKA MENJAYAKAN FILEM TERBARU BELIAU.

KUALA LUMPUR: Pelakon Lia Natalia, 24, berkongsi detik cemas motosikal yang dinaikinya terbabas ketika menjayakan babak dalam filem Pinjamkan Hatiku karya Osman Ali.

 Pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu menjelaskan, akibat insiden terbabit beliau dibawa ke hospital oleh pihak produksi dan dinasihatkan untuk berehat. Biarpun tidak mengalami kecederaan parah, namun Lia meminta semua pihak agar mendoakan keselamatan mereka sehingga tamat penggambaran. "Insiden berlaku sekelip mata yang membuatkan saya sendiri tergamam.

 Motosikal yang ditunggang oleh gandingan saya, Soular, terbabas secara tiba-tiba ketika melakonkan adegan menaiki bukit. Nasib baik beliau tidak panik dan menolak motosikal ke bahagian kanan. "Kenderaan yang saya naiki menjadi berat dan sukar untuk bergerak. Padahal kami sudah beberapa kali menjalani babak itu dan tidak berdepan sebarang masalah. 

"Alhamdulillah, saya hanya mengalami kecederaan kecil pada bahagian siku kerana cuba mengelakkan kepala daripada terhentak ke tanah. Kejadian itu membuatkan seluruh produksi panik dan bergegas membawa kami ke klinik. Mereka turut menyarankan kami dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut," katanya kepada BH Online. Lia berkata, mengambil pendekatan tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden terbabit, 

namun dirinya memilih untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sebelum ini, beberapa insiden lain turut dikatakan menimpa pelakon dan kru filem berkenaan. "Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana ia memang perkara yang sudah hendak terjadi. Mungkin saya perlu mengambil langkah lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. "Ayda juga turut tidak terkecuali berdepan cabaran apabila mukanya luka terkena lalang dan buluh," kata Lia.





0 comments:

Post a Comment