Wednesday, 13 April 2016

Filled Under:

PATUT LA CERAI!! AKHIRNYA BEKAS SUAMI BONGKAR SIKAP SYANIE YANG SEBENAR..TAK SANGKA SYANIE BERSIKAP MACAM TU.

PATUT LA CERAI!! AKHIRNYA BEKAS SUAMI BONGKAR SIKAP SYANIE YANG SEBENAR..TAK SANGKA SYANIE BERSIKAP MACAM TU.

Gara-gara bekas suami Syanie Hisham, memuat naik  status di Facebook peribadi miliknya dengan ‘In an Open Relationship’, ramai yang dapat menghidu masalah rumah tangga mereka. Bukan sahaja kecewa dengan bekas suami, Nadi Putera yang sepertinya membuka pekung di dada, tetapi terguris hati melihat komen-komen orang pada post tersebut.

“Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar. Itu yang buat saya tidak akan maafkan mereka. Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat.

Memang sukar bagi Syanie untuk menghalang orang daripada melemparkan kata-kata yang mengguris hatinya. Dia juga dengan nada sedih dan kecewa mengatakan tak akan memaafkan mereka yang memfitnah dirinya.

“Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu duduk perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya?

“Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini. Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang dan berapa banyak hati yang telah mereka lukai selain saya, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya,”

Tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan, Syanie diminta orang diberi ruang buat sementara waktu dan akan jelaskan perkara sebenar mungkin melalui Facebooknya. 





0 comments:

Post a Comment