Tuesday, 5 April 2016

Filled Under:

KEJAM!! SUAMI PUKUL ISTERI SAMPAI MATI

KEJAM!! SUAMI PUKUL ISTERI SAMPAI MATI

Shah Alam: Wanita berusia 60 tahun ditemui mati selepas dipercayai dipukul suaminya yang mabuk menggunakan sebatang mop di rumahnya di Jalan Tupai 20/16, Seksyen 20, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa, M Vimala dikatakan bertengkar dengan suaminya yang juga berusia 60 tahun kerana suaminya itu mabuk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis menahan suspek yang ketika itu berada dalam rumah.

"Suspek menghidap kencing manis dan tidak mampu berjalan keluar dari rumah.

"Mangsa dipercayai dipukul suspek dengan menggunakan sebatang mop.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Difahamkan mangsa dipukul di kepalanya.

SUMBER: HARIAN METRO





0 comments:

Post a Comment